Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Pembangunan Taman



Pembangunan Taman Awam

Program Pembangunan Taman Awam merupakan program utama Jabatan Landskap Negara, Visi Negara Taman Terindah 2020 menggerakkan JLN untuk berusaha membangunkan taman awam di seluruh negara. Berteraskan piawaian dua (2) hektar kawasan lapang bagi 1.000 penduduk bandar.
 


Pembangunan Taman Persekutuan

Taman Persekutuan adalah sebuah taman yang dimiliki dan ditadbir urus oleh kerajaan persekutuan sebagai satu kawasan rekreasi awam berskala besar (100 ha) dan mengutamakan pengekalan sumber semula jadi untuk rekreasi.
 


Pembangunan Landskap

Di bawah Program Pembangunan Landskap pelbagai projek telah dirangka untuk membantu mencapai usaha melandskapkan negara. Ia meliputi kawasan pembandaran, jalan raya, tepian sungai/laut, kawasan perumahan/kampung dan bangunan kerajaan.


Pelan Induk Landskap (PIL)

Kajian Pelan Induk Landskap (PIL) merupakan satu dokumen pernyataan bertulis yang mengandungi perancangan landskap dan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan landskap di sesebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia menggariskan cadangan dalam bentuk polisi, strategi, kaedah kawalan, garis panduan pelaksanaan dan cadangan projek landskap yang sesuai untuk pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
 


Landskap Perbandaran
 
Program landskap perbandaran adalah satu pembangunan landskap yang dilaksanakan secara komprehensif di kawasan perbandaran bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi manfaat masyarakat bandar. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran hijau di kawasan bandar dan mengurangkan kesan pulau haba dan meningkatkan persekitaran bandar yang sesuai didiami. Skop projek pembangunan landskap perbandaran termasuklah penyediaan rangkaian jaluran hijau, kawasan lapang, ruang pejalan kaki, rizab landskap dan taman yang bersistematik di kawasan pembangunan.
 


Persekitaran Kehidupan
 
Program Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan memberi tumpuan kepada penyediaan kawasan persekitaran yang kondusif khususnya di persekitaran kawasan kediaman dan pekan-pekan kecil melalui penyediaan kemudahan infrastruktur landskap yang optimum, indah, berfungsi dan efektif. Program ini terbukti berupaya meningkatkan kualiti persekitaran kehidupan dan kualiti hidup masyarakat melalui penyediaan kawasan landskap luar yang berfungsi dan penyatuan integrasi sosial.

Komponen Projek Pembangunan Persekitaran Kehidupan disediakan berdasarkan kesesuaian tapak projek dan keperluan rekreasi masyarakat setempat.

 


Kemaskini pada 2024-03-19 20:16:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page