Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA
HUBUNGI KAMI
SOALAN LAZIM
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
PETA LAMAN
Anda di sini : Laman Utama > Soalan Lazim

Soalan Lazim


Umum

 
1. Apakah itu Laman Rasmi JLN?
Laman Rasmi JLN merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Jabatan Landskap Negara melalui Internet.
 
2. Mengapa Laman Rasmi Jabatan Landskap Negara diwujudkan?
Kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Jabatan Landskap Negara telah disediakan secara online dan Laman Rasmi JLN diwujudkan untuk membantu pencarian maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
 
3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Rasmi JLN?
Umumnya, Laman Rasmi JLN boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.

4. Apakah dasar privasi Laman Rasmi JLN? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Rasmi JLN tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian bawah setiap halaman.

5. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Laman Web Rasmi JLN?
Anda boleh menghubungi:-
 
Ketua Pengarah 
Jabatan Landskap Negara
Aras 10, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F
Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
 
No. Tel.: (603) 8091 0500
No. Faks.: (603) 8091 0670
 

Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi

 

1. Apa itu Program Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi?
Program Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi merupakan program utama jabatan yang melaksanakan arahan kerajaan supaya dibangunkan taman-taman awam yang berfungsi dan indah. Di samping itu juga pembinaan Taman Awam ini adalah untuk memupuk dan membudayakan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di bawah program ini terdapat 4 projek pembangunan yang terdiri daripada :

  • Pembangunan Taman Awam Baru
  • Naik Taraf Taman Awam
  • Pembangunan Taman Persekutuan
  • ​Pembangunan Rekreasi Awam
 

Pengurusan Landskap
 

1. Apakah Program Pengurusan Landskap?
Pengurusan landskap merupakan elemen penting bagi memastikan kaedah tanaman dan landskap sentiasa dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik. Antara sub program yang terdapat di bawah program ini adalah:

  • Program Naik Taraf Taman Awam
  • Program Pengurusan dan Penyelenggaraan Pokok Berisiko
  • Program Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Landskap
  • ​Program Pembangunan Piawai Pengurusan Landskap
 

2. Bagaimana cara untuk mohon peruntukan penyelenggaraan bagi projek-projek taman awam dan landskap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
Permohonan peruntukan penyelenggaraan bagi projek-projek taman awam dan landskap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh dibuat melalui surat permohonan yang dilampirkan bersama-sama dokumen kertas konsep serta dokumen sokongan.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ketua Pengarah 
Jabatan Landskap Negara
Aras 9, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F
Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
(U.P.: Pengarah Bahagian Pengurusan Landskap)
No. Tel. : (603) 8091 0500
No. Faks.: (603) 8091 0671
 
Pegawai untuk dihubungi :
 
Pengarah
En. Saharudin bin Abu Rohan
 
Penolong Pengarah
En. Mohd Nasir bin Mohamed

 


Kemaskini pada 2021-03-08 08:33:21 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 7286