Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Pelan Induk Landskap (PIL)



Pelan Induk Landskap Daerah Limbang, Sarawak

Pelan Induk Landskap Majlis Daerah Limbang merupakan dokumen rujukan utama yang dihasilkan oleh Jabatan Landskap Negara bertujuan untuk menyediakan sebuah Dokumen Perancangan dan Garis Panduan yang komprehensif dalam tempoh masa lima belas (15) tahun yang akan datang. Ia akan dilaksanakan dengan mengambil kira penekanan terhadap penghijauan dan kesejahteraan hidup serta persekitaran yang kondusif di Daerah Limbang. Dokumen ini akan diguna pakai oleh Majlis Daerah Limbang (MDL) sebagai panduan, kawalan dan penguatkuasaan pembangunan landskap di kawasan MDL.

Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Limbang terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan Konsep, Laporan Deraf Akhir, Laporan Akhir Pelan Induk Landskap dan Ringkasan Eksekutif di mana kesemua laporan merangkumi semua aspek landskap secara fizikal melibatkan perancangan pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan landskap.

Lokasi Bahagian Limbang adalah terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei di Utara, Sabah/Kalimantan di Timur dan Daerah Baram (Bahagian Miri) di Selatan, di tengah-tengahnya Daerah Temburong (Negara Brunei) yang membuatkan Bahagian Limbang berada di tengah-tengah. Limbang adalah bahagian yang ke-5 di antara 12 bahagian di Negeri Sarawak. Bahagian Limbang merangkumi dua buah daerah iaitu Daerah Limbang dan Daerah Lawas serta tiga buah daerah kecil iaitu Nanga Medamit, Sundar dan Trusan dengan keluasan kawasan seluas 7,790 km/segi. Analisis dan penilaian lokasi merangkumi faktor sedia ada dan faktor penilaian karakter landskap (LCA). Faktor sedia ada adalah seperti faktor fizikal, guna tanah, rekabentuk bandar, tipologi, infrastruktur, kawasan lapang dan lain-lain.

Berdasarkan kajian dan analisis yang telah dibuat pada peringkat Laporan Teknikal, secara keseluruhannya pemilihan konsep Gerbang Warisan Pertanian dan Budaya Orang Limbang/ Gateway to Agriculture Heritage of Limbangness dilihat sesuai dan menepati karakter yang ingin ditonjolkan. Konsep tersebut akan direalisasikan mengikut kriteria pembangunan melalui Gerbang, Budaya Warisan Budaya dan Bandaraya Warisan Agro. Dengan mengaplikasikan konsep ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai warisan di samping memperkuatkan identiti setempat dan memperlihatkan identiti tersendiri di Daerah Limbang.

Laporan ini merupakan sebuah dokumen semi-legal dan komprehensif di mana ia telah mematuhi segala prinsip dan teras Dasar Landskap Negara ke arah Wawasan Malaysia Negara Taman Terindah. Perancangan pelan induk landskap yang holistik dapat memacu Daerah Limbang ke arah pencapaian persekitaran hidup yang berkualiti dan menyeluruh di samping memperkukuhkan identiti landskap dan Budaya Orang Limbang yang unik pada masa kini dan akan datang. Ia juga konsisten dengan misi MDL iaitu ‘Majlis Daerah Limbang Komited untuk Memberi Perkhidmatan dan Infrastruktur Perbandaran yang Efisien untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat’.

Terima Kasih diucapkan kepada pihak Majlis Daerah Limbang terutamanya Walikota Kr. Sufian Bin Mohat dan ahli jawatankuasa yang lain kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak JLN dalam menjayakan Pelan Induk Landskap Majlis Daerah Limbang. Tidak lupa juga kepada Ketua Pengarah JLN Hjh. Rotina Binti Mohd Daik dan Pengarah di Bahagian Pembangunan Landskap En. Mohd Salleh Bin Mahmood serta pegawai-pegawai yang terlibat iaitu En. Wan Fakaruddin bin Wan Ab. Aziz, En. Mohd Radzi bin Raba'ee, Pn. Mazliyani Binti Mazlan dan Pn. Norsidah binti Mohamad. Tidak dilupakan juga kepada pihak Urbanscape consultant yang diketuai oleh LAr. Rozita binti Abdul Hamid dan Lee Chee Wee selaku perunding yang komited dan memainkan peranan bagi menghasilkan Pelan Induk Majlis Daerah Limbang ini.

 
Laporan Awal PIL Limbang
Laporan Teknikal PIL Limbang
Laporan Konsep PIL Limbang
Laporan Draf Akhir PIL Limbang
Laporan Akhir PIL Limbang
Laporan Eksekutif PIL Limbang

Kemaskini pada 2021-12-13 11:00:15 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 891