Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Cadangan Pembangunan Landskap Perbandaran Bintulu, Sarawak Bumi Kenyalang



Landskap Perbandaran merupakan projek pembangunan bersepadu di dalam kawasan bandar untuk menghubungkan kawasan-kawasan tumpuan (nodes) dengan kawasan rekreasi melalui ‘green linkages’ di samping membangunkan kawasan hijau di dalam bandar dan meningkatkan fungsi serta penggunaan luaran bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Matlamat utama pelaksanaan projek Cadangan Pembangunan Landskap Perbandaran Bintulu, Sarawak adalah untuk membangunkan kawasan-kawasan berpotensi di dalam Bandar Bintulu sebagai kawasan ruang Landskap Perbandaran yang dilaksanakan secara bersepadu atau pakej. Kawasan-kawasan ini dibangunkan meliputi komponen-komponen landskap perbandaran. Ianya akan dihubungkan di antara satu sama lain dengan jaringan hijau untuk mendapat kesan yang ketara dan menyeluruh. Ianya diharap dapat mewujudkan kemudahsampaian yang selesa serta selamat kepada warga bandar.

Secara umumnya, Pembangunan Landskap Perbandaran Bintulu, Sarawak meliputi:
           
Tapak projek terletak di dalam Bandar Bintulu yang meliputi kawasan tumpuan awam dan jalan. Kawasan pembangunan melibatkan dua (2) kawasan utama iaitu Lapangan Terbang Lama (88,000 m2) dan median jalan baharu (panjang 1.1 km dengan kelebaran 27 m) yang berhadapan dengan kawasan Lapangan Terbang Lama di Bandar Bintulu. Kawasan Lapangan Terbang Lama ini merupakan kawasan tumpuan pelbagai aktiviti peringkat negeri dan juga antarabangsa. Antaranya ialah Pesta Layang-Layang, Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Malaysia, Sambutan Sejiwa Senada dan sebagainya.
 
Kawasan pembangunan ini seluas 35 hektar dan ia berkonsepkan Leisure Enclave, yang membawa maksud penekanan terhadap pembangunan kawasan riadah yang selesa, tenang dan dilengkapi dengan kemudahan rekreasi yang pelbagai dan mesra pengguna. Ia juga meliputi elemen-elemen seperti pokok teduhan, laluan pejalan kaki, taman permainan, kawasan pelbagai gunaan, kiosk, plaza, struktur arca, elemen air, tanda arah, pencahayaan malam dan elemen landskap lembut.

 
image

Pelan Cadangan Landskap Perbandaran Bintulu, Sarawak

image image

Bintulu Walk mewujudkan rangkaian laluan pejalan kaki di dalam taman dan juga di luar taman untuk kemudahan, keselamatan dan keselesaan kesemua pengguna.

image image

Lasar Kenyalang adalah hasil daripada cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Lama sebagai dataran untuk kegunaan orang awam dengan penyediaan kawasan letak kenderaan dan ruang berkumpul yang luas untuk pengguna melakukan aktiviti luar.

image image

Ujana Square adalah sebuah linear park yang dilengkapi dengan penanaman pokok, laluan pejalan kaki dan berfungsi sebagai transition area. Pembangunan landskap di kawasan ini dapat mewujudkan sense of direction yang unik dan menarik kepada sculpture dan zon utama yang telah di dalam tapak cadangan.



  •