Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Penyelidikan dan Pemuliharaan



Penyelidikan Rekabentuk Landskap

Penyelidikan rekabentuk landskap merupakan penyelidikan yang dilaksanakan oleh Jabatan melibatkan dua skop utama iaitu penyelidikan senibina landskap dan penyelidikan hortikultur landskap. Penyelidikan senibina landskap akan menghasilkan garispanduan perancangan, rekabentuk dan pembangunan landskap seperti Buku Panduan Rekabentuk Sejagat (Universal Design) dan Garis Panduan Landskap Negara Taman. Penyelidikan hortikultur landskap pula bertujuan untuk menambahbaik varieti  tanaman landskap dan amalan hortikultur hiasan agar skim perlandskapan di negara ini mengutamakan spesies tempatan dan bercirikan tropika.
Penyelidikan rekabentuk landskap akan membantu Jabatan merancang dan membangunkan landskap dan ruang luar yang kondusif, berfungsi, selesa dan selamat tanpa mengabaikan karakter, kualiti visual dan nilai estatik yang tinggi.


Penyelidikan Teknologi Landskap

Penyelidikan teknologi landskap bertujuan untuk mengenalpasti teknologi dan inovasi baru dalam pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan landskap. Teknologi dan inovasi baru yang dikenalpasti akan diaplikasikan bagi tujuan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan kemampanan alam sekitar dalam kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan landskap. Antara penyelidikan teknologi landskap yang diberi fokus adalah penggunaan bahan dalam pembinaan landskap, teknologi pembinaan landskap kejur dan penggunaan mesin serta peralatan penyelenggaraan.


Taman Botani

Taman Botani merupakan sebuah institusi yang mengumpul, menyimpan dan menyelenggara koleksi tumbuhan bagi tujuan penyelidikan saintifik, peragaan dan pendidikan.  Secara prinsipnya, taman botani dibangunkan sebagai tempat untuk mendapatkan ketenangan, mencari jawapan kepada persolan saintifik alam tumbuhan, pusat kepada kajian perubatan alami dan kajian taksonomi tumbuhan.  Taman botani memainkan peranan penting dalam penyebaran spesies tanaman bernilai ekonomi dan perubatan di seluruh dunia serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi. 
Pendekatan pembangunan dan pengurusan taman botani adalah memulihara dan memelihara pokok-pokok sedia ada di tapak untuk tumbuh secara semulajadi dan melakukan penanaman spesies baru tumbuhan melalui kaedah pemuliharaan ex-situ berdasarkan konsep pembangunan yang bersesuaian dengan karakter, kualiti visual dan sumber semulajadi tapak.

 

 
Pemuliharaan Landskap

Pemuliharaan landskap adalah program yang diberi keutamaan oleh Jabatan kerana selaras dengan penyataan Dasar Landskap Negara dan fokus kerajaan dalam agenda pembangunan negara. Program pemuliharaan landskap dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh dan menonjolkan suasana luaran asli melalui pendekatan pemulihan dan pemeliharaan ciri-ciri atau elemen-elemen landskap tempatan yang unik. Ia merangkumi tiga komponen utama iaitu mengenalpasti, melaksana dan memantau pelaksanaan rancangan-rancangan pemuliharaan dan pemeliharaan landskap.
Antara skop pemuliharaan landskap yang dilaksanakan adalah pemuliharaan kawasan tanah terganggu, pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar, pemuliharaan habitat bagi spesis terancam, pemuliharaan landskap warisan, pemuliharaan landskap pelancongan dan pemuliharaan landskap pertanian di mana kajian yang mendalam dilaksanakan terlebih dahulu sebelum langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan mampan dilaksanakan.

 

 



  •