Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Taman Botani Perak


Taman Botani Perak terletak di Jalan Air Terjun, Taiping Perak. Kedudukannya sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan pelbagai destinasi pelancongan yang popular di Taiping iaitu Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Bukit Larut dan Taiping War Cemetery. Jumlah keluasan bagi keseluruhan cadangan pembangunan Taman Botani Perak adalah 56.5 ekar.

Jabatan Landskap Negara membangunkan taman botani mengikut zon, oleh itu Taman Botani Perak dibangunkan bagi mewakili zon utara Semenanjung Malaysia. Pembangunan adalah berkonsepkan muzium hidup tumbuh-tumbuhan yang ditafsirkan sebagai satu pusat mengumpul dan mempamerkan pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik.

Taman Botani Perak diperkukuhkan dengan gabungan eko-pelancongan dan rekreasi khususnya melibatkan aktiviti riadah serta jalinan interaksi manusia dan alam sekitar. Keistimewaan Taman Botani Perak adalah daripada segi pemilihan tema dan koleksi spesies tumbuhan. Spesies tumbuhan yang ditanam mewakili zon utara secara am dan negeri Perak khususnya. Keutamaan diberikan kepada koleksi tumbuhan daripada spesies PERAKENSIS bagi menonjolkan keunikan, keindahan dan kekayaan alam semulajadi negeri Perak.

Pembangunan Taman Botani Perak menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Landskap Negara mulai tahun 2015 hingga 2020. Pembangunan Taman Botani Perak (Fasa 1) seluas 35.95 ekar telah siap sepenuhnya pada Mac 2020.
 
Pelan Induk Pembangunan Taman Botani Perak
image
Secara keseluruhannya, terdapat 13 Laman yang menjadi keutamaan dalam cadangan pembangunan.  Ia terdiri daripada Laman Perakensis, Laman Melayu Perak, Laman Endemik Zon Utara, Laman Ferneri, Laman Orkidarium, Laman Wetland, Laman Palmatum, Laman Bambusetum, Laman Zingiberium, Laman Firdausi, Laman Etnobotani, Laman Aroid dan Laman Buah-buahan Nadir.
 
image
Sempadan pembangunan Fasa 1 TBP
 
Pembangunan Fasa 1 memberi tumpuan kepada mengadakan kemudahan infrastruktur seperti parkir, laluan street and avenue untuk kemudahsampaian pengunjung serta kemudahan rekreasi taman. Laman-laman yang dibangunkan dan periciannya adalah seperti berikut:
  • Laman Endemik Zon Utara: zon penanaman yang mewakili spesies endemik yang hanya terdapat di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
  • Laman Melayu Perak: mewakili spesies yang berunsurkan nama-nama daerah dan tempat di negeri Perak.
  • Laman Palmatum: penanaman pelbagai spesies palma.
  • Laman Tema: sebagai display garden yang mengenengahkan semua spesies yang mewakili setiap laman di Taman Botani Perak.
 
Kemudahan Infrastruktur dan Rekreasi Serta Tarikan di Taman Botani Perak
 
image
image
Entrance Signage dan Pintu Masuk Utama ke Taman Botani
 
image
Palladian Bridge
   
image image
Dataran Botani dan Dataran Orkid yang menempatkan Pokok Hujan-hujan Permaisuri (Samanea saman ‘Yellow’) yang berdaun kuning.
   
image image
image
Laman Tema direka bentuk sebagai display garden yang mengetengahkan semua spesies yang mewakili setiap laman di Taman Botani Perak.
 
image
image
Laman Keramaian menempatkan binaan pentas dan kawasan lapang berumput yang sesuai dijadikan ruang untuk menjalankan aktiviti keramaian.
 
image
Laman Palmatum menampilkan kepelbagaian koleksi palma


  •