Taman Botani Johor terletak di timur Pekan Sri Medan bersempadanan Jalan Utama Yong Peng – Sri Medan dari selatan ke utara.
Pada tahun 2000 kawasan ini dikenali dengan nama Tapak Semaian Negara dengan keluasan 160.95 ekar. Namun pada tahun 2006 dengan pengwujudan Taman Botani Johor seluas 194.09 ekar dan 4 lot tapak semaian berkeluasan 50.95 ekar yang masih aktif beroperasi, menjadikan keluasan keseluruhan Taman Botani Johor adalah 245.04 ekar. Tapak semaian asal ini telah menjadi sebahagian dari komponen Taman Botani Johor di mana pada 3 Mei 2000 telah dirizabkan sebagai kawasan lapang dan diselenggara oleh Jabatan Landskap Negeri Johor.
Pembangunan Taman Botani Johor menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Landskap Negara dalam RMK-10 dan seterusnya pembangunan dan pengurusan taman dibiayai oleh kerajaan Negeri Johor bermula tahun 2016 hingga kini.
Pembangunan Taman Botani Johor dibahagikan kepada zon-zon utama iaitu Pentadbiran, Arboretum, Pemuliharaan/Hutan Sekunder, Tapak Semaian, Riparian/Habitat dan Tanaman Buah-buahan.
Pelan Induk Pembangunan Taman Botani Johor | |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Herbarium bagi menyimpan spesimen dan menjalankan aktiviti penyelidikan | Bangunan pejabat pentadbiran bagi memudahkan pentadbiran, operasi dan pengurusan taman |
![]() |
|
Garden Café dibina bagi menambah keselesaan pengunjung ke Taman Botani Johor |
Zon Arboretum ditanam dengan tumbuhan yang dikategorikan kepada beberapa plot mengikut koleksi tanamannya seperti Plot Aroma, Plot Buluh, Plot Palma, Plot Nama Tempat, Plot Ethnobotani dan Plot Herba dan Perubatan. | |||||
![]() |
![]() |
![]() |
|||
Plot Aroma | Plot Buluh | Plot Palma | |||
![]() |
![]() |
![]() |
|||
Plot Nama Tempat | Plot Ethnobotani | Plot Herba dan Perubatan |
![]() |
![]() |
![]() |
Zon Pemuliharaan/Hutan Sekunder dilengkapkan dengan pemandangan indah ke arah Tasik Bukit Besi dan infrastruktur rekreasi seperti jeti dan boardwalk. |
Kemaskini pada 2021-12-28 11:06:54 daripada Administrator