Anugerah Rosa-sinensis: Penarafan Taman Awam ini adalah satu inisiatif penarafan oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada taman awam dan kawasan hijau yang dirancang, dibangun dan diurus secara komprehensif yang memenuhi fungsi pembangunannya. Anugerah ini diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak swasta yang telah menunjukkan komitmen berterusan untuk memastikan taman awam dan kawasan hijau yang dibangunkan memberi impak yang positif kepada komuniti, alam sekitar perbandaran dan biodiversiti bandar.
Jabatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PBT dan pemaju yang telah bertungkus-lumus dalam merancang, membangun dan mengurus taman awam dan kawasan hijau dengan penuh komited. Antara penerima Anugerah Rosa-sinensis - Penarafan Taman Awam adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Paragon Pinnacle Sdn. Bhd., Gamuda Land Sdn. Bhd., Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pinji Botanics Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Sime Darby Property, IOI Properties Group Berhad, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Daerah Maran (MDM), Setia Fontaines Sdn Bhd, dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Rosa-sinensis - Penarafan Taman Awam.
ANUGERAH ROSA-SINENSIS – PENARAFAN TAMAN AWAM (2022 – 2025)
PENARAFAN 5 ROSA-SINENSIS
| BIL. | Taman Awam/Kawasan Hijau | PBT/PEMAJU | Tahun |
|---|---|---|---|
| 1 | Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | 2022 |
| 2 | Dragonfly Park, Eco Grandeur, Selangor | Paragon Pinnacle Sdn Bhd | 2022 |
| 3 | Gamuda Gardens Central Park, Selangor | Gamuda Land Sdn Bhd | 2022 |
| 4 | Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | 2022 |
| 5 | Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) | Majlis Bandaraya Johor Bahru | 2022 |
| 6 | Taman Awam Hutan Bandar, Johor | Majlis Bandaraya Iskandar Puteri | 2023 |
| 7 | Eco Park Bandar Seri Botani, Perak | Pinji Botanics Sdn Bhd | 2023 |
| 8 | Taman Rimba Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | 2023 |
| 9 | Taman Tasik Shah Alam, Selangor | Majlis Bandaraya Shah Alam | 2024 |
| 10 | Taman Paya Bakau Lumut, Perak | Majlis Perbandaran Manjung | 2024 |
| 11 | Serenia Central Park, Selangor | Sime Darby Property | 2024 |
| 12 | Central Park@IOI Resort City, Putrajaya | IOI Properties Group Berhad | 2025 |
| 13 | Taman Bandar Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor | Majlis Bandaraya Pasir Gudang | 2025 |
| 14 | Taman Tasik Maran, Pahang | Majlis Daerah Maran | 2025 |
| 15 | Setia Fontaines Heritage Parks, Pulau Pinang | Setia Fontaines Sdn Bhd | 2025 |
| 16 | Taman Botani Sarawak, Sarawak | Dewan Bandaraya Kuching Utara | 2025 |












Home
Mengenai Kami
Perkhidmatan
Media
Perolehan
Hubungi Kami