Pengenalan Anugerah Rosa-sinensis

Anugerah Rosa-sinensis - Penarafan Taman Awam adalah satu inisiatif penarafan kepada taman awam dan kawasan hijau yang dirancang, dibangun dan diurus secara komprehensif yang memenuhi fungsi pembangunannya.
Jabatan Landskap Negara menjemput Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Pemaju yang membangunkan serta menguruskan taman awam dan kawasan hijau untuk menyertai Anugerah Rosa-sinensis - Penarafan Taman Awam.
Penyertaan anugerah ini dibuka sepanjang tahun. Bagi menyertai anugerah ini, sila dapatkan borang dan manual anugerah di pautan berikut:
1. Manual Anugerah Rosa-sinensis - Penarafan Taman Awam
2. Borang Permohonan Penyertaan
3. Borang Senarai Semak Permohonan
4. Borang Jadual Audit
Taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Mansor bin Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pemuliharaan pada 27 Januari 2022:
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh berhubung dengan Sekretariat Anugerah Rosa-sinensis - Penarafan Taman Awam seperti berikut:
Sekretariat Anugerah Rosa-sinensis - Penarafan Taman Awam:
Bahagian Promosi dan Industri Landskap
Jabatan Landskap Negara