Program Naik Taraf Taman Awam
Menyalurkan peruntukkan bagi meningkatkan kualiti taman awam dan menambahkan bilangan serta fungsi kemudahan rekreasi taman di bawah pengurusan PBT. Program ini memberi keutamaan kepada taman-taman kejiranan sedia ada dan taman awam yang bersaiz 5 ekar sehingga 20 ekar. Skop kerja utama bagi program adalah penyelenggaraan landskap lembut dan landskap kejur yang melibatkan pemangkasan, penggantian, penjarangan penanaman semula pokok, pengubahsuaian rekabentuk, penambahan komponen mengikut keperluan, keselesaan dan keselamatan untuk semua.
Program Pengurusan dan Penyelenggaraan Pokok Berisiko
Menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja pengumpulan data, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok yang mempunyai nilai istimewa, nilai sejarajah, nadir (rare), endemik, terancam, tanaman kenamaan dan ukur lilit yang melebihi 0.8meter. Ia juga untuk kerja-kerja penilaian risiko pokok, penilaian ekonomi pokok bagi pokok-pokok yang telah di inventori, kerja-kerja perawatan bagi pokok bermasalah melalui pendekatan arborikultur dan membangunkan Pelan Pengurusan Risiko bagi pokok-pokok dibawah kawalan PBT.
Program Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Landskap
Peruntukan untuk kerja-kerja yang melibatkan pembaikan, penggantian dan penyelenggaraan komponen landskap kejur dan lembut yang telah rosak serta tidak selamat untuk digunakan termasuk pembaikan padang untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.
Program Pembangunan Piawai Pengurusan Landskap
Memastikan pembangunan landskap yang berkualiti, adalah perlu bagi setiap PBT untuk memastikan perancangan dan pembangunan landskap dilaksanakan oleh professional landskap yang di iktiraf dan pengambilan tenaga kerja mahir bagi menepati kehendak dan keperluan pengurusan serta penyelenggaraan landskap. Ia selaras dengan Teras 3 : Strategi 3.2 : Menggalakkan Program Pembangunan Landskap Yang Mudah Diurus dan Mampan Untuk Mencapai Matlamat Negara Taman Terindah.
Kemaskini pada 2021-01-26 20:57:13 daripada Administrator