Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Naik Taraf Taman Awam


Projek Naik Taraf Taman Awam bertujuan menambah dan menaik taraf fungsi kualiti kemudahan rekreasi di taman kejiranan dan taman awam sedia ada. Ini adalah untuk memastikan kemudahan rekreasi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi. Skop Projek Naik Taraf Taman Awam merangkumi naik taraf rekebentuk taman, naik taraf kemudahan taman, naik taraf alat permainan dan senaman serta baik pulih komponen landskap.

Kriteria pemilihan tapak adalah seperti berikut:
  1. Taman-taman kejiranan dan taman awam sedia ada yang bersaiz sekurang-kurang nya 3 ekar.
  2. Hakmilik / kawalselia oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan diwartakan / rizab sebagai kawasan lapang.
  3. Kawasan yang menjadi tumpuan dan berpotensi untuk dibangunkan.
  4. Bebas dari bencana serta mempunyai kemudahsampaian yang baik dan
  5. Keutamaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai unit atau bahagian landskap.
“Keutamaan adalah terhadap quick win project yang boleh memberi faedah secara langsung dan segera kepada penduduk setempat”.


NAIK TARAF TAMAN AWAM DI TAMAN LEMBAH IMPIANA BAGI MAJLIS PERBANDARAN KULIM, KEDAH

 
Tarikh Siap : 29.9.2019
Pihak Berkuasa Tempatan : Majlis Daerah Kuala Selangor
Komponen Landskap : Entrance signage, bollard, wakaf, laluan pejalan kaki, peralatan permainan kanak-kanak, gelanggang takraw/badminton, alatan senaman, bangku taman, plaza dan penanaman pokok dan tumbuhan landskap (softscape)
 


NAIK TARAF TAMAN AWAM KUALA BERANG BAGI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU, TERENGGANU
 
Tarikh Siap : 31.10. 2019
Pihak Berkuasa Tempatan : Majlis Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
Komponen Landskap : Pintu gerbang, gabion wall, tanda nama awam, kerusi, gazebo, laluan siar kaki, alatan permainan kanak-kanak, decorative bird pole, penanaman pokok dan tumbuhan landskap (softscape)
 

Kemaskini pada 2021-01-26 20:58:21 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 2777