Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

PELAN INDUK LANDSKAP LEMBAGA BANDARAN KUDAT, SABAH

Kajian Pelan Induk Landskap (PIL) Lembaga Bandaran Kudat, Sabah merupakan satu dokumen penyataan bertulis yang mengandungi perancangan landskap dan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan landskap di kawasan Lembaga Bandaran Kudat (LBK). Ia akan dilaksanakan dengan mengambil kira penekanan terhadap penghijauan dan kesejahteraan hidup serta persekitaran yang kondusif di Daerah Kudat. Penyediaan PIL ini juga selari dengan visi Lembaga Bandaran Kudat iaitu “Ke Arah Bandar Yang Terancang, Sejahtera dan Berbudaya”.

 

Daerah Kudat terletak di utara negeri Sabah, berkedudukan di pertemuan Laut China Selatan (barat) dan Laut Sulu (timur). Kedudukan ini menjadikan daerah Kudat sangat unik dari segi kedudukan geografinya, Keluasan daerah Kudat adalah 128,720 km persegi meliputi Semenanjung Kudat, Pulau Balambangan, Pulau Banggi, Pulau Malawali dan 100 buah gugusan pulau kecil di sekitarnya. Berbentuk muka bumi berbukit bukau di kawasan selatan dan landai beralun di kawasan utara. Manakala Teluk Marudu terletak di sebelah timur dan Laut China Selatan pula terletak di sebelah barat Kudat.  

 

Kajian Pelan Induk Landskap Lembaga Bandaran Kudat terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan Konsep, Laporan Draf Akhir, Laporan Akhir Pelan Induk Landskap dan Ringkasan Eksekutif. Laporan PIL ini merangkumi pelbagai aspek landskap secara fizikal serta melibatkan perancangan pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan landskap.

 

Berdasarkan kajian dan analisis yang telah dibuat pada peringkat Laporan Konsep, secara keselurahanya pemilihan konsep Pogun Kutad Tomborungus dilihat sesuai dan menepati karakter yang ingin ditonjolkan. Konsep tersebut akan direalisasikan mengikut kriteria pembangunan melalui identiti warisan budaya suku kaum Rungus. Kaum Rungus merupakan etnik utama di daerah Kudat dan kekayaan alam semula jadi seiring dengan kepesatan pembangunan urbanisasi daerah Kudat. Dengan mengaplikasikan konsep ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai warisan disamping memperkuatkan identiti setempat dan memperlihatkan identiti tersendiri di daerah Kudat.

 

Laporan ini merupakan sebuah dokumen semi-legal dan komprehensif dimana ia telah mematuhi segala prinsip dan teras Dasar Landskap Negara ke arah wawasan Malaysia Negara Taman Terindah. Perancangan Pelan Induk Landskap yang holistik dapat memacu Daerah Kudat ke arah pencapaian persekitaran kehidupan yang berkualiti dan menyeluruh disamping memperkukuhkan identiti landskap dan budaya penduduk di daerah Kudat.Dokumen ini akan diguna pakai oleh LBK sebagai panduan,kawalan dan penguatkuasaan pembangunan landskap di kawasan LBK.

 

 

image
Gambar 1: Laporan Pelan Induk Landskap  Lembaga Bandaran Kudat, Sabah

  •