Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Taman Awam Tepian Sungai Muar, Tanjung Agas, Tangkak, Johor

 

Latar Belakang Taman
Pembangunan Taman Awam Tepian Sungai Muar, Tanjung Agas, Tangkak ini merupakan salah satu program utama Jabatan Landskap Negara di bawah Teras 3 Dasar Landskap Negara: Pelan Tindakan 3.1.3 iaitu Membangun Taman Awam, Taman Awam Berskala Besar (Taman Persekutuan), Taman Botani dan Arboretum sebagai teras penghijauan perbandaran dan pemeliharaan spesis tumbuhan.
image
Pelan Induk Landskap
 
Objektif Pembangunan Taman
Pembangunan Taman Awam tanjung Agas Tangkak adalah bertujuan untuk member akses kemudahan rekreasi yang berkualiti kepada penduduk Daerah Tangkak khususnya, rakyat Johor amnya. Keindahan suasana perairan Sungai Muar diharmonikan dalam pendekatan rekabentuk taman ini mampu menonjolkan lagi Tanjung Agas sebagai mercu tanda tarikan terbaru Negeri Johor. Secara tidak langsung gaya hidup sihat bagi komuniti setempat serta integrasi sosial dapat ditingkatkan.
 
Luas Taman
7.07 ekar
 
Lokasi Taman
Terletak kira-kira 5km dari pusat bandar Muar dan berhampiran dengan muara Sungai Muar. Laluan utama ke tapak cadangan adalah melalui Jalan Persekutuan Ledang – Muar merentasi Jalanbatan Sultan Ismail. Berhampiran tapak projek terdapat masjid Sultan Ismail, kawasan perindustrian dan pasaraya. Kedudukan tapak juga adalah setentang dengan Bandar Maharani dan dipisahkan dengan Sungai Muar.
 
Konsep Pembangunan
Taman ini telah direkabentuk berkonsepkan Warisan dengan menonjolkan cerita rakyat Puteri Gunung Ledang. Ia dapat dilihat melalui rekabentuk lampu taman, tujuh dulang berukir yang diletakkan di papan tanda masuk taman, historical wall, information wall dan entrance structure. Malah rekabentuk Dataran Rakyat juga diilhamkan daripada rekabentuk cucuk sanggul Puteri Gunung Ledang.
 
Komponen Taman Senarai Tanaman
Integrated playground
Historical wall
Tandas
Promenade
Papan tanda ‘Tangkak’
Tempat letak kereta
Entrance gateway
Dataran rakyat
Laman tradisional
Iconic sculpture
Jetty
Wakaf
Multipurpose parking
Tiang bendera
Information wall
Laman riadah
Gelanggang serbaguna
Jogging track
Outdoor gym

 
Gelam Melaleuca cajuputi
Berembang Sonneratia caseolis
Perepat Sonneratia alba
Pokok Johor Lepisanthes alata
Sentul Sandorium koetjape
Weeping willow Salix babylonica
Handkerchief tree Maniltoa grandiflora
Bottlebrush tree Callistemon viminalis
Bauhinia Bauhinia kockeana
Golden penda Xanthostemon chrysanthus
Golden bell Tecoma stans
Golden chain Lophantera lactescens
Duranta gold
Kayu manis Cinnamomum iners
Jelutong Dyera costulata
Merawan siput jantan Hopea odorata
Pokok pulai
Alstonia angustifolia
Meranti Tembaga Shorea leprosula

 

 

Tarikan Utama
Sistem pencahayaan pada waktu malam yang menonjolkan komponen taman yang direkabentuk berkonsepkan warisan dengan menonjolkan karektor certa rakyat Puteri Gunung Ledang. Selain itu, pokok sediada di tapak yang telah matang telah diintegrasikan dengan rekabentuk taman.
 
 
image image
Entrance Gateway
   
image image
image
Dataran Rakyat
   
image image
image image
Laluan Hujan dan Jambatan
   
image image
image image
Promenade
   


  •