
Pengenalan
![]() |
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2007 telah bersetuju untuk membangunkan sebuah Taman Awam Berskala Besar (TABB) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan keluasan 466.86 ekar. Taman ini akan dibangunkan sebagai Taman Persekutuan bagi menampung keperluan rekreasi pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Lembah Klang khususnya dan negara amnya. Pembangunan taman ini selaras dengan teras dan misi nasional iaitu untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. |

Pelan Konsep
Pembangunan TABB Bukit Kiara dibahagikan beberapa zon pembangunan. Pembangunan ini adalah berdasarkan kepada keadaan permukaan dan inventori semasa di tapak.

1. |
Zon Pentadbiran dan 'Garden Centre'
|
- Komponen pembangunan
- Merupakan zon alu-aluan kepada pengunjung taman
- Pembangunan secara komprehensif |
|
2. | Zon Rekreasi Keluarga |
Pembangunan di kawasan ini hanya akan melibatkan kerja-kerja naik taraf menyeluruh kawasan Taman Lembah Kiara dengan penyediaan kemudahan rekreasi yang lebih komprehensif dan selesa. Kemudahan rekreasi yang bakal disediakan akan memenuhi keperluan semua golongan pengguna taman dengan komponen rekreasi menggunakan pendekatan teknologi terkini. Kemudahan-kemudahan ini akan dapat menampung keperluan pengguna yang makin bertambah. Di antara kemudahan yang ditambah ialah wakaf, alat senaman interaktif, kawasan permainan kanak-kanak serta kemudahan – kemudahan lain. Walau bagaimanapun persekitaran dan imej taman sedia ada dikekalkan bagi memberikan sentuhan semula jadi untuk sebuah taman bandar.
- Mengekalkan imej & karektor taman
- Pelaksanaan kerja-kerja naik taraf rekreasi bagi memenuhi keperluan semua golongan pengguna - Penanaman pokok bagi meningkatkan karektor visual dan fotografi |
|
3. | Zon Arboretum Tropika Khatulistiwa |
Pembangunan Zon Tropikal Khatulistiwa Asia adalah bertujuan untuk memperkenalkan spesis-spesis pokok hutan berkayu di kalangan negara-negara Asia Pasifik termasuk dari India ke China Selatan, Malaysia dan Indonesia sehingga ke Australia Utama. Dengan ketinggian 264m dari aras laut, ia terletak dalam kategori Hutan Dipterocarp Pamah mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesis utama ialah Meranti, Balau dan Kapur. Sebagai kawasan yang dikenal pasti dalam Kelas IV – Hutan ameniti, hutan ini berfungsi sebagai kawasan arboretum dan menyediakan kemudahan rekreasi. Spesis eksotik ditanam untuk meningkatkan nilai ameniti taman. Cadangan spesis-spesis utama ialah spesis pokok kaum Dipterocarp iaitu berdamar dengan 9 genus, 163 spesis utama dan pokok kaum bukan Dipterocarp iaitu tidak berdamar dengan 94 famili dan 760 genus utama. Terdapat 4 lapisan komposisi hutan dalam Hutan Hujan Khatulistiwa iaitu:
|
|
4. |
Zon Arboretum Bernilai Tinggi |
- 50 ekar penanaman spesis pokok hutan yang bernilai komersil
- Contoh - Pokok Gaharu, Vanilla, Tongkat Ali dan Kayu Manis |
|
5. | Zon 'Riparian'/ Konservasi Hidrologi |
- Kawasan lembangan anak Sungai Penchala
- Pembangunan zon bertujuan mewujudkan
- Zon habitat
- Koridor fauna - Sumber makanan - Habitat hidupan akuatik |
|
6. | Zon Biodiversiti (Forest Restoration) |
|
- Pemulihan semula hutan melalui pendekatan ekosistem semulajadi dengan mengambil model hutan tropika sedia ada
- Pembangunan zon sebagai kawasan penyelidikan bagi pemulihan semula hutan di tanah yang terganggu - Konsep pembangunan - memperkayakan semula kawasan habitat dan ekosistem semulajadi hutan hujan tropika (Forest Restoration) - Sebagai Hab Pelancongan Eko – Biodiversiti dalam bandar |