Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Program Dasar dan Industri Landskap


Promosi dan Industri Landskap

1. Hari Landskap Negara (HLN)
Hari Landskap Negara peringkat kebangsaan telah diisytiharkan dan disambut pada 3 Mac setiap tahun.

2. Kempen Tanam Pokok

Kempen Tanam Pokok telah dilancarkan pada 3 Mac 1997 sempena sambutan Hari Landskap Negara.

3. 
Malaysia In Bloom (MIB)
Malaysia In Bloom (MIB) adalah penjenamaan semula program pembudayaan landskap.

4. Festival Antarabangsa Landskap dan Taman (LAMAN)

Festival LAMAN merupakan festival luaran landskap taman yang dapat merangsang pembangunan industri landskap negara serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Taman menjelang 2020.

5.  Program Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan
Program Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan adalah di bawah Jawatankuasa Eksport (JK-X), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
 

 


Pengurusan Landskap

1. 
Program Naik Taraf Taman Awam​
Menyalurkan peruntukan bagi meningkatkan kualiti taman awam dan menambahkan bilangan serta fungsi kemudahan rekreasi taman di bawah pengurusan PBT.

2. 
Program Penyelenggaraan dan Pengurusan Risiko Pokok-Pokok di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Pelaksanaan program penyelenggaraan dan pengurusan risiko pokok-pokok di PBT adalah salah satu program yang melibatkan kerja-kerja pengumpulan data, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi pokok-pokok di bawah kawalan PBT.

3. Program Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Landskap
Peruntukan untuk kerja-kerja yang melibatkan pembaikan, penggantian dan penyelenggaraan komponen landskap kejur dan lembut yang telah rosak serta tidak selamat untuk digunakan termasuk pembaikan padang untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.

4. Program Pembangunan Piawai Pengurusan Landskap
Memastikan pembangunan landskap yang berkualiti, adalah perlu bagi setiap PBT untuk memastikan perancangan dan pembangunan landskap dilaksanakan oleh professional landskap yang diiktiraf dan pengambilan tenaga kerja mahir bagi menepati kehendak dan keperluan pengurusan serta penyelenggaraan landskap.
 

 

 


Penyelidikan dan Pemuliharaan

1. Penyelidikan Rekabentuk Landskap
Penyelidikan rekabentuk landskap merupakan penyelidikan yang dilaksanakan oleh Jabatan melibatkan dua skop utama iaitu penyelidikan senibina landskap dan penyelidikan hortikultur landskap.

2. Penyelidikan Teknologi Landskap
Penyelidikan teknologi landskap bertujuan untuk mengenalpasti teknologi dan inovasi baru dalam pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan landskap.

3. Taman Botani
Taman Botani merupakan sebuah institusi yang mengumpul, menyimpan dan menyelenggara koleksi tumbuhan bagi tujuan penyelidikan saintifik, peragaan dan pendidikan.

4. Pemuliharaan Landskap
Pemuliharaan landskap adalah program yang diberi keutamaan oleh Jabatan kerana selaras dengan penyataan Dasar Landskap Negara dan fokus kerajaan dalam agenda pembangunan negara.
 

 



  •