Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Program Pembangunan Landskap


Pembangunan Taman

1. Pembangunan Taman Awam
Program Pembangunan Taman Awam merupakan program utama Jabatan Landskap Negara, Visi Negara Taman Terindah 2020 menggerakkan JLN untuk berusaha membangunkan taman awam di seluruh negara.

2. Pembangunan Taman Persekutuan
Taman Persekutuan adalah sebuah taman yang dimiliki dan ditadbir urus oleh kerajaan persekutuan sebagai satu kawasan rekreasi awam berskala besar (100 ha) dan mengutamakan pengekalan sumber semula jadi untuk rekreasi.

3. Pembangunan Landskap
Di bawah Program Pembangunan Landskap pelbagai projek telah dirangka untuk membantu mencapai usaha melandskapkan negara. Ia meliputi kawasan pembandaran, jalan raya, tepian sungai/laut, kawasan perumahan/kampung dan bangunan kerajaan.

4. Pelan Induk Landskap
Kajian Pelan Induk Landskap (PIL) merupakan satu dokumen pernyataan bertulis yang mengandungi perancangan landskap dan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan landskap di sesebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

5.  Landskap Perbandaran
Program landskap perbandaran adalah satu pembangunan landskap yang dilaksanakan secara komprehensif di kawasan perbandaran bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi manfaat masyarakat bandar.

6. Persekitaran Kehidupan
Program Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan memberi tumpuan kepada penyediaan kawasan persekitaran yang kondusif khususnya di persekitaran kawasan kediaman dan pekan-pekan kecil melalui penyediaan kemudahan infrastruktur landskap yang optimum, indah, berfungsi dan efektif.

 

 


Khidmat Teknikal

1. 
Khidmat Kepakaran Teknikal
Ia merupakan khidmat kepakaran teknikal senibina landskap untuk projek-projek pembangunan landskap yang dilaksanakan oleh Agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti menyedia dan menilai spesifikasi landskap lembut dan kejur yang dilaksanakan di Agensi-agensi Kerajaan.

2. Khidmat Reka Bentuk Landskap
Bahagian Khidmat Teknikal berperanan untuk memberikan perkhidmatan konsultasi senibina landskap dalam menyediakan rekabentuk landskap kepada Agensi-agensi Kerajaan dan pihak yang berkepentingan untuk pembangunan landskap di seluruh negara.

3. Projek Khas Pembangunan Landskap
Projek Khas Pembangunan Landskap merupakan projek-projek pembangunan yang melibatkan senibina landskap khusus untuk Agensi Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.


4. Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan
Projek pembangunan landskap ini memberi tumpuan untuk menyediakan kawasan persekitaran yang kondusif melalui penyediaan kemudahan infrastruktur landskap yang optimum, indah, berfungsi dan efektif di kawasan kediaman, bandar tempatan atau pekan di seluruh negara.

5. Khidmat Teknikal Kejuruteraan Landskap
Khidmat yang disediakan adalah untuk menentukan spesifikasi teknikal kejuruteraan sivil dan struktur yang disediakan oleh pasukan perunding dan in-house mencapai tahap piawai yang ditetapkan oleh Jabatan dan spesifikasi kejuruteraan.
 

 

 

 

 



  •