Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Ujana Muallim, Perak


Ujana Muallim, Perak
Pelan Induk Landskap
 
Pandangan Keseluruhan Ujana Muallim
 
Pengenalan
Pembangunan Ujana Muallim telah siap sepenuhnya pada 18 April 2019. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam bagi memberikan keselesaan kepada pengguna taman.
 
Lokasi Tapak
Ujana Muallim terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim. Kawasan ini terletak berhampiran dengan kawasan industri Proton City di bahagian barat, Institut Pendidikan UPSI di bahagian barat daya, kawasan perumahan di bahagian selatan dan kawasan hutan di bahagian timur dan utara. Kawasan pembangunan mempunyai keluasan seluas 38.16 ekar.
 
Konsep dan Pendekatan Reka Bentuk Landskap
Konsep Hutan Bandar diaplikasikan melalui dua pendekatan utama:
  • Recreational Eco - Gateway yang menunjukkan ruang transit diantara persekitaran perbandaran dan persekitaran eko atau hutan.
  • Discovery Eco - Gateway yang menunjukkan ruang pelbagai aktiviti dengan karektor berbeza yang dapat mendekatkan pengguna dengan alam semulajadi.
Komponen landskap yang disediakan:
  1. Entrance Plaza
  • Plaza terbuka
  • Astaka
  • Wakaf
  • Pintu gerbang
  • Laluan pejalan kaki
  • Kawasan letak kenderaan
  • Bangku taman
  1. Lawn Park
  • Wakaf
  • Menara pandang
  • Laluan pejalan kaki
  • Lampu taman
  • Laluan jungle tracking
  1. Picnic Area
  • Board walk
  • Rock climbing
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Alat senaman luar
  • Tandas
  • Laluan pejalan kaki
  • Wakaf
  • Ruang berkhemah
  • Ruang riadah air
 
Pintu masuk Ujana Muallim
 
Kawasan riadah air
 
Plaza terbuka sebagai ruang pelbagai guna untuk pelbagai aktiviti riadah
 


 
Taman permainan kanak-kanak khusus bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah
 
 
Aktiviti rock climbing merupakan aktiviti yang paling diminati oleh kanak-kanak yang berkunjung ke Ujana Muallim

Kemaskini pada 2022-02-19 08:45:32 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1772