Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Buku Laporan Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap Ke Jepun

imagePembangunan landskap Negara mula mendapat perhatian dari pihak Kerajaan melalui penubuhan Jabatan Landskap Negara (JLN) pada 1 Januari 1996. Penubuhan JLN telah membantu pembentukan halatuju pembangunan landskap secara lebih komprehensif dan menyeluruh sesuai dengan tujuan penubuhannya sebagai agensi yang bertanggungjawab mengawal selia perancangan dan pembangunan landskap Negara.
 
Dasar Landskap Negara diluluskan oleh Kerajaan pada 22 Disember 2010 yang kemudiannya dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2011 menjadi pemangkin kepada pencapaian persekitaran kehidupan yang berkualiti dan menyeluruh selaras dengan matlamatnya untuk menjadikan “Malaysia Negara Taman Terindah Menjelang Tahun 2020”™. Matlamat ini dapat direalisasikan secara lebih tersusun serta mampan sifatnya melalui penggubalan akta khusus bagi mengawalselia perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap.
 
Akta khusus berkaitan landskap merupakan sesuatu yang masih baru di rantau ini. Justeru, untuk mendapatkan suatu asas yang kukuh dalam penetapan kandungan umum akta yang memenuhi dan menepati keperluan kesemua pihak, rujukan perlu dibuat terhadap negara yang telah menguatkuasakan akta berkaitan. Hal ini membolehkan pendekatan yang bersesuaian dapat diambil dalam menggubal akta landskap yang komprehensif dan praktikal. Sehubungan dengan itu, satu lawatan teknikal ke negara Jepun yang telah menguatkuasakan Akta Landskap sejak tahun 2004 telah diadakan pada 25 hingga 29 Jun 2012. Delegasi lawatan dianggotai oleh pegawai dari Jabatan Landskap Negara iaitu:
  • Puan Hjh. Rotina binti Mohd Daik (Ketua Delegasi Lawatan)
  • Encik Mohd Nasir bin Mohamed
  • Encik Mohd Nazeiree bin Lep


Tahun diterbitkan : 2012

 
Baca Laporan (.pdf / 8.25 Mb)


 

UNTUK MAKLUMAN DAN KETERANGAN LEBIH LANJUT, 

SILA HUBUNGI:
JABATAN LANDSKAP NEGARA
BAHAGIAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT
TEL.: 03 - 8091 0500


  •