Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Promosi dan Industri Landskap



Hari Landskap Negara (HLN)

Hari Landskap Negara peringkat kebangsaan telah diisytiharkan dan disambut pada 3 Mac setiap tahun. Tujuan utama sambutan Hari Landskap Negara adalah untuk meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, menarik minat dan pengetahuan dalam kalangan semua pihak terhadap landskap dan persekitaran. Hari Landskap Negara juga diadakan bagi menyokong perkembangan industri landskap Negara.


Kempen Tanam Pokok (KTP)

Kempen Tanam Pokok telah dilancarkan pada 3 Mac 1997 sempena sambutan Hari Landskap Negara. Ia bertujuan untuk menggalakkan penanaman pokok teduhan di bandar-bandar dan kawasan awam bagi meningkatkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan persekitaran di seluruh negara yang menyasarkan penanaman sebanyak 20 juta pokok teduhan menjelang tahun 2020.


Malaysia In Bloom (MIB)

Malaysia In Bloom (MIB) adalah penjenamaan semula program pembudayaan landskap. Sub program bagi MIB adalah program Rakan Taman, program pembudayaan landskap, program Jemari Hijau (Green Finger) dan Kebun Komuniti Bandar. MIB bertujuan untuk membudayakan kecintaan terhadap landskap dan persekitaran di peringkat yang lebih meluas di seluruh negara merangkumi semua peringkat masyarakat termasuk mengadakan kolaborasi program tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility) bersama badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).


Festival Antarabangsa Landskap dan Taman (LAMAN)

Festival LAMAN merupakan festival luaran landskap taman yang dapat merangsang pembangunan industri landskap negara serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Taman menjelang 2020.

Sub-program bagi kesinambungan kejayaan Festival LAMAN yang telah dirangka adalah pelaksanaan Festival Bunga-Bungaan yang memfokuskan pendekatan Business and Trade Exhibition untuk menarik minat pengiat industri dari dalam dan luar negara. Penganjuran festival berteraskan bunga-bungaan ini dijangka akan dapat memperkukuhkan industri landskap di Malaysia terutama dalam pengeluaran bahan tanaman landskap dan bungaan- bungaan, selain pemain industri landskap yang lain seperti pengilangan peralatan permainan kanak-kanak dan alat senam riang (children playground and out door gym equipments), perkhidmatan perundingan landskap, perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan landskap.


Program Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan

Program Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan adalah di bawah Jawatankuasa Eksport (JK-X), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Program ini adalah program baharu yang memfokuskan penglibatan  pemain industri landskap di peringkat antarabangsa dan usaha-usaha untuk menyebarluaskan penglibatan mereka bagi memperluaskan peluang ekonomi negara. Matlamat program adalah untuk menyokong penyertaan pemain industri dalam festival floral dan ekspo perdagangan antarabangsa yang berkaitan dengan landskap di luar negara selain penting bagi tujuan perkembangan dan pelaksanaan perundingan landskap di luar negara oleh syarikat perunding terpilih.

 

Kemaskini pada 2021-12-13 09:17:14 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 8431