Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA
HUBUNGI KAMI
SOALAN LAZIM
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
PETA LAMAN
Anda di sini : Laman Utama > Khidmat Teknikal

Khidmat Teknikal



Khidmat Kepakaran Teknikal Landskap

Ia merupakan khidmat kepakaran teknikal senibina landskap untuk projek-projek pembangunan landskap yang dilaksanakan oleh Agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti menyedia dan menilai spesifikasi landskap lembut dan kejur yang dilaksanakan di Agensi-agensi Kerajaan. Selain itu,  pembangunan landskap yang dicadangkan akan mengikut piawaian dan garis panduan pembangunan landskap yang telah ditetapkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan.


Khidmat Reka Bentuk Landskap

 
Bahagian Khidmat Teknikal berperanan untuk memberikan perkhidmatan konsultasi senibina landskap dalam menyediakan rekabentuk landskap kepada Agensi-agensi Kerajaan dan pihak yang berkepentingan untuk pembangunan landskap di seluruh negara. Perkhidmatan yang diberikan adalah merangkumi penyediaan konsep rekabentuk landskap, pelan reka bentuk landskap dan perincian serta anggaran kos yang efektif mengikut potensi kawasan yang dicadangkan.


Projek Khas Pembangunan Landskap
 
Projek Khas Pembangunan Landskap merupakan projek-projek  pembangunan yang melibatkan senibina landskap khusus untuk Agensi Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara. Projek ini dilaksanakan secara dalaman dengan menggunakan kepakaran pegawai-pegawai Jabatan Landskap Negara dalam menyediakan cadangan rekabentuk, perolehan dan pengurusan projek.
 

Pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan
 
Projek pembangunan landskap ini memberi tumpuan untuk menyediakan kawasan persekitaran yang kondusif melalui penyediaan kemudahan infrastruktur landskap yang optimum, indah, berfungsi dan efektif di kawasan kediaman, bandar tempatan atau pekan di seluruh negara. Projek ini juga memberi fokus khusus kepada pendekatan peningkatan kualiti persekitaran kehidupan melalui pembangunan landskap secara people-centric dan penambahbaikan kesejahteraan  kehidupan masyarakat setempat. Di bawah projek ini kawasan lapang akan dibangunkan dengan lebih sistematik serta menghubungkannya dengan nodes utama seperti  sekolah, balai komuniti, tempat beribadat dan kawasan perniagaan menerusi jaringan hijau yang sistematik. Ia dapat mewujudkan ruang awam dan meningkatkan fungsi kawasan lapang untuk kemudahan rekreasi dalam menggalakkan aktiviti riadah dan interaksi sosial masyarakat setempat.


Khidmat Teknikal Kejuruteraan Landskap
 
Khidmat yang disediakan adalah untuk menentukan spesifikasi teknikal kejuruteraan sivil dan struktur yang disediakan oleh pasukan perunding dan in-house mencapai tahap piawai yang ditetapkan oleh Jabatan dan spesifikasi kejuruteraan. Perkhidmatan ini juga memberi input kejuruteraan sivil dan struktur dalam setiap projek pembangunan landskap Jabatan yang berkaitan dengan skop kerja kejuruteraan.

Kemaskini pada 2021-02-26 08:54:32 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 386