Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Kompilasi Maklumbalas Aduan Melalui Laman Web

Tarikh Keterangan
13/08/2016
(Sabtu)
Aduan Daripada :
 
Jamil bin Lajis, Melaka.
 
Maklumbalas :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan/pertanyaan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu (SAB) bertarikh 13 Ogos 2016 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala permohonan untuk menyertai program Rakan Taman di Jabatan Landskap Negara, pihak tuan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi yang perlu di alamatkan kepada butiran seperti di bawah :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
(u.p : Pengarah Bahagian Promosi dan Industri Landskap)

3.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh menghubungi terus pegawai di Bahagian Promosi dan Industri Landskap, Jabatan Landskap Negara iaitu Encik Mansor bin Mohamad (mansor@kpkt.gov.my) di talian 03-4047 0110 atau Encik Harshah bin Haris (harshah@kpkt.gov.my)  di talian 03-4047 0157 untuk keterangan lanjut.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<< melalui emel >>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat
25/07/2016
(Isnin)
Aduan Daripada :
 
Dominic Wong, Wilayah Persekutuan.
 
Maklumbalas :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan aduan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu (SAB) bertarikh 25 Julai 2016 adalah berkaitan.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan telah memberi peringatan kepada pihak kontraktor berkaitan perkara ini. Selain itu, pihak Jabatan juga telah mengingatkan supaya pihak kontraktor membuat pembersihan dan menutup kawasan timbunan pasir di kawasan yang berkenaan.

3.    Untuk makluman tuan, kerja-kerja pengorekan ini berlaku di sepanjang jalan di dalam taman. Keadaan jalan berlumpur akibat daripada cuaca hujan yang turun hampir setiap hari.

4.    Pihak Jabatan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Peringatan supaya kontraktor memberikan lebih perhatian terhadap perkara ini juga telah diberikan. Segala pembangunan pada masa kini adalah untuk kesenangan dan kemudahan pengunjung di masa akan datang.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<<<< melalui emel >>>>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat
b.p. Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara
16/06/2016
(Khamis)
Aduan Daripada :
 
Dominic Wong, Wilayah Persekutuan.
 
Maklumbalas :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan aduan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu (SAB) bertarikh 25 Mei 2016 adalah berkaitan.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan telah mengeluarkan arahan pembersihan dan penutupan timbunan pasir kepada pihak kontraktor. Berdasarkan pemantauan, pihak kontraktor telah mengambil tindakan berhubung perkara tersebut dan tindakan juga akan diambil bagi kerja-kerja yang sedang dan akan dijalankan.

3.    Pihak Jabatan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Segala pembangunan pada masa kini adalah untuk kesenangan dan kemudahan pengunjung di masa akan datang.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<<<< melalui emel >>>>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat
b.p. Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara
25/05/2016
(Rabu)
Aduan Daripada :
 
Dominic Wong, Wilayah Persekutuan.
 
Maklumbalas :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan aduan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu (SAB) bertarikh 25 Mei 2016 adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan telah mengeluarkan arahan pembersihan dan penutupan timbunan pasir kepada pihak kontraktor. Berdasarkan pemantauan, pihak kontraktor telah mengambil tindakan berhubung perkara tersebut dan tindakan juga akan diambil bagi kerja-kerja yang sedang dan akan dijalankan. Pihak Jabatan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Segala pembangunan pada masa kini adalah untuk kesenangan dan kemudahan pengunjung di masa akan datang.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<<<<  melalui emel >>>>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
08/11/2015
(Ahad)
Aduan Daripada :
 
Kamaruzzaman bin Aiyub, Melaka.
 
Maklumbalas :
 
Tuan,

PERMOHONAN POKOK UNTUK LANDSKAP DI TAMAN JAYA BATANG MELAKA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 08 November 2015 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala permohonan bantuan berkaitan landskap serta khidmat nasihat teknikal boleh diperolehi daripada Pengarah Bahagian Khidmat Teknikal, Jabatan Landskap Negara iaitu Encik Mohd. Salleh bin Mahmood di talian 03-4047 0114. Pihak tuan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi di alamatkan kepada maklumat seperti berikut :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
(u.p: Pengarah Bahagian Khidmat Teknikal)

3.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara melalui http://www.kpkt.gov.my/jln bagi memperolehi maklumat-maklumat berkaitan landskap serta buku-buku terbitan JLN  di ruangan yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai panduan serta bahan rujukan.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
13/08/2015
(Khamis)
Aduan Daripada :
 
Azira Fairuz binti Mohammad Puzi, Selangor.
 
Maklumbalas :
 
Pihak puan boleh merujuk ke Bahagian Taman Persekutuan, Jabatan Landskap Negara.
30/07/2015
(Khamis)
Aduan Daripada :
 
Khairani binti Md Yusof, Melaka.
 
Maklumbalas :
 
Puan,

Terima kasih di atas pemakluman yang diberikan. Pihak Jabatan amat berbesar hati dan mengambil maklum di atas keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan melalui sistem aduan tersebut.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, pada waktu tersebut, pihak Jabatan Landskap Negara (JLN) dalam proses menaik taraf (penyelenggaraan) dan berlaku penukaran url bagi laman web Jabatan Landskap Negara dan Sistem eLandskap. Penukaran laman web ini selaras dengan laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

3.    Pihak puan boleh melayari laman web rasmi JLN melalui http://jln.kpkt.gov.my dan Sistem eLandskap http://elandskap.kpkt.gov.my

Segala perhatian dan kerjasama pihak puan berkaitan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
15/07/2015
(Rabu)
Aduan Daripada :
 
Lim Hong Boon, Selangor.
 
Maklumbalas :
 
Tuan,

Terima kasih di atas emel yang diberikan. Pihak Jabatan amat berbesar hati dan mengambil maklum di atas keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan melalui emel tersebut.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan telah memberi teguran serta amaran kepada pekerja taman agar masalah ini tidak akan berulang di masa akan datang.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
18/03/2015
(Rabu)
Aduan Daripada :
 
Tan Keen Lim, Selangor.
 
Maklumbalas :
 
Tuan/Puan,

Terima kasih di atas aduan tuan/puan yang telah dikemukakan. Pihak Jabatan akan mengambil maklum berkaitan cadangan tuan/puan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam kerja-kerja pembersihan Taman Lembah Kiara.

Sekian, terima kasih.


  •