Projek Landskap Perbandaran merupakan satu usaha Jabatan Landskap Negara dalam meningkatkan kualiti bandar dan menghasilkan pembangunan landskap hijau dikawasan tepu bina yang seimbang dan berkualiti di Kawasan PBT.
Matlamat utama pelaksanaan projek Cadangan Pembangunan Landskap Perbandaran Alor Setar, Kedah adalah untuk membangunkan kawasan-kawasan berpotensi di dalam Bandaraya Alor Setar sebagai kawasan ruang Landskap Perbandaran yang dilaksanakan secara bersepadu atau pakej. Kawasan-kawasan ini dibangunkan meliputi komponen-komponen landskap perbandaran. Ianya akan dihubungkan diantara satu sama lain dengan jaringan hijau untuk mendapat kesan yang ketara dan menyeluruh. Ianya diharap dapat mewujudkan kemudahsampaian yang selesa serta selamat kepada warga bandar.
Secara umumnya, pembangunan Landskap Perbandaran Alor setar, Kedah meliputi:
Tapak cadangan terletak di pusat bandar Alor Setar yang meliputi kawasan institusi kerajaan, swasta, kewangan, perhotelan, pelancongan, pengangkutan dan perumahan. Kawasan pembangunan landskap terdiri daripada beberapa zon seperti berikut:
Tapak cadangan pembangunan Landskap Perbandaran Bandaraya Alor Setar terletak di pusat Bandaraya Alor Setar yang merupakan pusat tumpuan utama penduduk. Tapak ini merupakan kawasan komersial utama di Bandaraya Alor Setar dan dilinkungi oleh beberapa kawasan tarikan pelancongan seperti Pekan Rabu, Masjid Zahir, Istana Pertabalan, Taman Seri Budaya dan Persisiran Sungai Raja. Kawasan tapak cadangan dihubungi melalui laluan masuk dari Kepala Batas, laun masuk dari Lebuhraya menyusuri Alor Setar Utara dan laluan masuk dari Lebuhraya menyusuri Alor Setar Selatan. Ianya meliputi Zon Sungai Raja – Jalan Tunku Ibrahim – Zon Jalan Langgar – Jalan Sultan Badlishah – Jalan Starwalk – Jalan Teluk WanJah – Jalan Stesen KTM – Lebuhraya Darul Aman – Zon Medan Tunku. Keluasan keseluruhan kawasan tapak cadangan adalah 442,000 meter persegi bersamaan 44.2 hektar.
Pelaksanaan projek ini amat diperlukan untuk menyediakan sebuah kawasan Koridor Hijau bandar yang kondusif yang meliputi kawasan hijau dari pusat Bandaraya Alor Setar di samping mempromosikan keindahan dan meningkatkan imej Bandaraya sebagai pusat perkhidmatan dan perniagaan. Sehubungan dengan itu, landskap perbandaran dapat dijadikan sebagai salah satu medium bagi mentransformasi imej bandara Alor Setar sebagai sebuah bandaraya yang maju dan sejahtera yang merangkumi aspek bandar selamat, kawasan rekreasi, pelancongan dan persekitaran perbandaran yang hijau.
|
Pelan Lokasi dan Pelan Kunci |
|
|
|
|
|
|
Pelan Induk Landskap Perbandaran Alor Setar, Kedah |
Pelan Landskap Jaringan Hijau |
|
|
|
|
|
|
|
|
Zon Sungai Raja merupakan Koridor Sungai sepanjang 1.0 km serta Waterfront yang melibatkan kawasan hadapan sungai yang boleh berfungsi sebagai ruang rekreasi santai bagi pengunjung. |
|
|
|
|
|
|
|
Zon Medan Tunku dan Jalan Tunku Ibrahim adalah kawasan landskap yang dijadikan dwi kegunaan pada sesuatu masa dan membentuk kawasan hijau serta mengambil kira faktor keselesaan, kawasan teduhan selamat, lingkaran hijau dan mengurangkan kepanasan Urban Heat. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebuhraya Darul Aman iaitu salah satu jalan protokol yang utama di Bandaraya Alor Setar serta kawasan Ini merupakan sebuah kawasan lapang yang berfungsi sebagai dataran tempat di mana perhimpunan atau majlis besar-besaran diadakan. |
|
|
|
|
Jalan Stesen KTM mewujudkan identiti landskap laluan pejalan kaki serta mempertingkatkan keadaan landskap sedia ada yang kurang berkesan. Reka bentuk bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pengguna dari segi faktor keselamatan, sense of direction, jaringan kehijauan, dan berpotensi untuk menghidupkan suasana malam dan nilai estetik diaplikasikan bagi mewujudkan gabungan jaringan hijau yang baik dan selamat. |
|
|
|
|
Jalan Starwalk mewujudkan identiti landskap jalan protokol serta mempertingkatkan keadaan landskap sedia ada yang kurang berkesan serta memberikan faktor keselesaan, keselamatan, dan sense of direction. |
|
|
|
|
Jalan Badlishah mewujudkan identiti landskap pinggiran jalan serta mempertingkatkan keadaan landskap sedia ada yang kurang berkesan serta memberikan faktor keselesaan, keselamatan, dan sense of direction, jaringan kehijauan, berpotensi untuk menghidupkan suasana malam dan nilai estetik diaplikasikan bagi mewujudkan gabungan jaringan hijau yang baik. |
|