Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Cadangan Pembangunan Landskap Perbandaran Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim



Landskap Perbandaran merupakan projek pembangunan bersepadu di dalam kawasan bandar untuk menghubungkan kawasan-kawasan tumpuan (nodes) dengan kawasan rekreasi melalui ‘green linkages’ di samping membangunkan kawasan hijau di dalam bandar dan meningkatkan fungsi serta penggunaan luaran bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Matlamat utama pelaksanaan projek Cadangan Pembangunan Landskap Perbandaran Batu Pahat, Johor adalah untuk membangunkan kawasan Perbandaran Batu Pahat yang seimbang dengan persekitaran kawasan hijau dilengkapi dengan kemudahan aktiviti riadah dan sosio-ekonomi di mana Landskap Perbandaran ini dapat memberi keselesaan, teduhan dan persekitaran yang kondusif di samping mengawal ekologi Sungai Batu Pahat. Landskap Perbandaran ini juga dapat menyediakan ruang sistem sirkulasi dalam perbandaran yang dapat menggalakkan orang ramai berintegrasi di dalam kawasan pusat tumpu Bandar Batu Pahat. Kawasan-kawasan ini dibangunkan meliputi komponen-komponen landskap perbandaran. Ianya akan dihubungkan di antara satu sama lain dengan jaringan hijau untuk mendapat kesan yang ketara dan menyeluruh. Ianya diharap dapat mewujudkan kemudahsampaian yang selesa serta selamat kepada warga bandar.

Secara umumnya, Pembangunan Landskap Perbandaran Batu Pahat, Johor meliputi:
           
Tapak cadangan terletak di dalam kawasan Bandar Penggaram meliputi kawasan tumpuan awam dan disempadani oleh Daerah Muar (Tenggara), Kluang (Barat Daya), Segamat (Selatan) dan Pontian (Timur Laut) berkeluasan keseluruhan Bandar Batu Pahat yang telah digazetkan adalah seluas 5,977.65 hektar meliputi kawasan Legaran Bandaran di Jalan Abu Bakar melibatkan kawasan yang berpotensi di pusat bandar yang dapat menghubungkan antara Stesen Bas dan Teksi Batu Pahat ke kawasan persisiran Sungai Batu Pahat iaitu sepanjang 250 meter, keseluruhan rizab JPS di persisiran Sungai Batu Pahat bermula Taman Pinggiran Penggaram sehingga ke hujung Parit Dobi iaitu sepanjang 2 kilometer, Kawasan di lorong-lorong antara bangunan yang menghubungkan dari kawasan Pinggiran Sungai Batu Pahat, kawasan Pasar Melayu, Pasar Pagi dan Pasar Batu Pahat, Menarik taraf Jalan Protokol – Jalan Bakau Chodong – Jalan Kluang – Jalan Rahmat – Jalan Shah Bandar – Jalan Masjid dan kawasan perumahan Taman Pantai Baru dengan keluasan 500 meter persegi.
 
Kawasan perbandaran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MP Batu Pahat) telah dipilih bagi merealisasikan dasar Kerajaan untuk membangunkan landskap perbandaran di negeri Johor kerana ianya dilihat melalui perkembangan bandar dari segi fizikal, ekonomi dan sosio-budaya sejak dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran. Selain itu Batu Pahat juga merupakan sebuah bandar yang pesat membangun di mana konsep Bandar Eco Pelancongan-Nurturing Nature telah diketengahkan di dalam Pelan Induk Landskap berdasarkan keunikan sungai dan aset semulajadi. Konsep pembangunan yang telah mengambil kira rekabentuk yang mempunyai identiti tersendiri melalui keadaan fizikal iaitu sungai dan disokong dengan sejarah dan kebudayaan setempat. Elemen-elemen seperti pokok teduhan, laluan pejalan kaki, taman permainan, kawasan pelbagai guna, plaza, struktur arca, elemen air, tanda arah, pencahayaan malam dan elemen landskap lembut turut menyokong konsep rekabentuk ini.

 
image image
Pelan Lokasi Pelan Kunci
   
image
Pelan Induk Landskap Perbandaran Batu Pahat, Johor
 
image image

Zon A - Taman Tepian Penggaram menempatkan dua taman permainan kanak-kanak berkeluasan 1.4 ekar untuk tujuan aktiviti rekreasi kanak-kanak dan selain itu mampu meningkatkan ketahanan badan kanak-kanak, melatih keseimbangan, koordinasi dan kekuatan otot dalam masa yang sama mampu menambah baik kawalan postur kanak-kanak.

image image

Zon B - Laman Anjung merupakan salah satu komponen bagi Dataran Shahbandar. Struktur arca ‘Flower Tower’ ditanam dengan dengan tumbuhan memanjat pelbagai spesies untuk memberi ruangan teduhan kepada bangku taman yang disediakan.

image image

Zon B - Dataran Shahbandar berkeluasan 1.8 ekar terdiri daripada pentas dan kawasan berumput berskala besar yang menyediakan ruang riadah dan boleh menempatkan kapasiti 2000 pengunjung.

image image
Zon B - Astaka Shahbandar adalah ruang pentas terbuka dibina bersama tandas awam lelaki dan perempuan, siar kaki dan dilengkapi bangku duduk.
 
image image
Zon B - Reka bentuk Papan Tanda Batu Pahat menggunakan tulisan jawi yang dapat dijadikan salah satu komponen landskap yang menarik pengunjung untuk datang ke sini.
 
image image
Zon C - Connector menyambungkan Zon B dan Zon D mewujudkan sistem sirkulasi dalam kawasan perbandaran yang dapat menggalakkan orang ramai berjalan kaki di dalam kawasan Pusat Bandar Batu Pahat yang dapat menyokong usaha mewujudkan satu gaya hidup sihat.
 
image image
Zon D - Jambatan besi menjadi penghubung di antara kawasan Zon B dan Zon D. Ianya juga digunakan sebagai lokasi untuk pengunjung mengadakan aktiviti memancing.
 
image image
Zon D - Laman Tanjung seluas 2.1 ekar mempunyai Struktur Astaka yang menggunakan motif bunga tanjong untuk rekabentuk bumbungnya. Kawasan ini juga turut dibina laluan pejalan kaki, wakaf, tempat duduk dan sistem pencahayaan yang menarik.
 
image image
Zon E - Persiaran Bentara terletak di sepanjang Jalan Abu Bakar yang menghubungkan kawasan pesisiran Sungai Batu Pahat dengan Terminal Bas Batu Pahat. Terdapat sebanyak 14 buah ‘iconic tree sculpture’ menjadi tarikan utama pengunjung dan memberi imej baru kepada Bandar Batu Pahat.
 
 
 
 
 
 
 
 


  •