Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

PEMBANGUNAN LANDSKAP PERBANDARAN TAWAU, SABAH

Pembangunan Landskap Perbandaran adalah satu projek pembangunan landskap yang dilaksanakan secara komprehensif di kawasan perbandaran bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi manfaat masyarakat bandar. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran hijau di kawasan bandar dan mengurangkan kesan pulau haba. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan persekitaran bandar yang sesuai didiami serta mewujudkan pedestrian linkage bagi menggalakkan orang ramai berjalan kaki di dalam kawasan bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

 

Bandar Tawau merupakan pusat bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Tapak projek merupakan kawasan tindakan utama pembangunan landskap yang telah digariskan di dalam Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Tawau (PIL MP Tawau). Oleh yang demikian, pelaksanaan program Pembangunan Landskap Perbandaran Tawau, Sabah ini amat penting bagi meningkatkan imej dan identiti Tawau sebagai Bandar Perkhidmatan dan Pelancongan bagi memenuhi matlamat PIL MP Tawau.

 

Pelaksanaan projek ini dapat menyediakan sebuah kawasan Koridor Hijau Bandar yang kondusif meliputi kawasan hijau di pusat Bandar Tawau. Di samping itu, ia dapat mempromosikan keindahan dan meningkatkan imej Bandar Tawau sebagai pusat perkhidmatan dan perniagaan, pintu masuk negara dari Kalimantan, Indonesia selain tumpuan pelancongan bagi pulau-pulau menarik di sekitar timur Sabah.

 

Pada tahun 2015, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) telah meluluskan projek Pembangunan Landskap Perbandaran Tawau, Sabah dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM 10 juta bagi melaksanakan dan merealisasikan pembangunan tersebut.Projek ini telah bermula pada 23 Jun 2017 dan siap pada 17 November 2018.

 

Secara keseluruhan, seluas 20 ekar kawasan telah dibangunkan dalam projek ini. Pembangunan projek ini meliputi beberapa zon seperti berikut :

 

  1.  Legaran Bandaran di Jalan Dunlop
  2. Pembangunan Greenways, Greenbelts dan Urban Woodland Di Jalan Chester dan Jalan Stephen Tan
  3. Pembangunan PromenadeWaterfront Taman Traulsen dan Taman Pesisiran Di Kawasan Sabindo
  4. Taman Poket Dataran Bandaran (Padang) dan Tugu Peringatan Konfrontasi

 

 

image
Rajah 1 : Pelan Induk Keseluruhan Pembangunan Landskap Perbandaran Tawau, Sabah
image image
Gambar 1: Sculpture yang dijadikan tumpuan utama di kawasan dataran. Kawasan ini juga dapat mewujudkan sense of welcoming yang unik dan menarik kepada pengunjung.
image image
Gambar 2: Laluan pejalan kaki di dalam taman dan juga di luar taman untuk kemudahan, keselamatan dan keselesaan pengguna. 
   

 


  •