
KURSUS CELIK DIGITAL DAN PRODUKTIVITI ICT 2026
“Revolusi Landskap Digital: Membudayakan AI, Kesedaran Keselamatan Siber & Kecekapan ICT”
PUTRAJAYA | 14 SEPTEMBER 2026 – Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Landskap Negara (JLN) telah menganjurkan Kursus Celik Digital dan Produktiviti ICT 2026 sebagai salah satu usaha memperkasa pengetahuan serta kemahiran digital warga JLN dalam mendepani perkembangan teknologi semasa.
Program sehari ini mengetengahkan perkongsian berkaitan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), kesedaran keselamatan siber serta kecekapan penggunaan ICT, seiring dengan keperluan transformasi digital dalam perkhidmatan awam.
Antara pengisian program ialah sesi perkongsian daripada PLANMalaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan GovTech Malaysia, selain sesi perkongsian inovasi bersama rakan teknologi.
Sepanjang kursus, para peserta turut berpeluang mengikuti sesi penerangan, perkongsian pengalaman, demonstrasi serta aktiviti interaktif yang memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi secara lebih bijak, selamat, inovatif dan produktif.
Terima kasih kepada semua penceramah, rakan teknologi serta warga JLN yang telah memberikan komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.
Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam tugasan seharian serta menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja JLN yang lebih celik digital, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.
Celik Digital • Cakna Siber • Produktif Bersama Teknologi




Kemaskini pada 2026-09-15 19:27:40 daripada Administrator












Home
Mengenai Kami
Perkhidmatan
Media
Perolehan
Hubungi Kami

