Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Perutusan KP JLN

PERUTUSAN KETUA PENGARAH JABATAN LANDSKAP NEGARA 2024
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
 
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 dan Selamat Datang ke laman web rasmi Jabatan Landskap Negara (JLN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Jabatan Landskap Negara merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan landskap di Malaysia termasuk menyedia perundangan dan dasar berkaitan landskap dalam memastikan kemampanan dan keseimbangan pembangunan Negara untuk kesejahteraan rakyat. JLN juga menjadi peneraju dan pusat kecemerlangan dalam pembangunan landskap untuk mencapai persekitaran hidup berkualiti, mampan dan beridentitikan Malaysia.
 
Pihak Jabatan Landskap Negara akan meneruskan usaha dan komitmen dalam memastikan penyediaan akses kepada kawasan hijau Negara mencukupi, mempertingkatkan kualiti dan nilai tambah program pembangunan landskap selain memperluaskan peranan jaringan hijau yang bersepadu dan berfungsi supaya rakyat dapat menikmati persekitaran dan kesejahteraan yang optimum. Penyediaan landskap yang berfungsi akan dapat meningkatkan kesedaran dan apresiasi masyarakat Malaysia terhadap landskap, seterusnya menjadikan landskap sebagai ruang ketiga terpenting dalam kelangsungan kualiti kehidupan yang sejahtera selepas rumah dan tempat kerja.
 
Sebagai halatuju, Jabatan kini akan mensasarkan fokus untuk membangun dan memperluaskan potensi industri landskap sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi Negara; baik dari sumber domestik dan kebolehpasaran antarabangsa. Bagi mencapai usaha-usaha ini, Jabatan Landskap Negara akan memastikan semua strategi dan pelan tindakan digariskan sebaiknya dalam penyediaan Dasar Landskap Negara 2.0 yang sedang digubal untuk digunapakai diseluruh Negara.
 
Laman web JLN ini mengandungi pelbagai maklumat, aplikasi serta pautan berkaitan fungsi serta program-program JLN yang boleh dicapai, dirujuk dan digunapakai oleh semua. Justeru, saya amat berharap agar laman web ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Saya dan seluruh warga Jabatan Landskap Negara sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan website yang disediakan ini.
 
Selamat melayari laman web JLN.
 
 
“MALAYSIA MADANI”
“Malaysia Negara Taman”
 
 
 
MANSOR BIN MOHAMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara (JLN),
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)


  •