Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN
Anda di sini : Laman Utama > Ex_Logo JLN

Ex_Logo JLN

                                                                         
                                        


LATAR BELAKANG

Jabatan Landskap Negara telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 1996. Sejak penubuhannya, Jabatan telah memainkan peranan secara aktif dalam memacu halatuju pembangunan landskap negara. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dalam usaha untuk menjayakan Visi Jabatan untuk “Menjadi Peneraju dan Pusat Kecemerlangan dalam Pembangunan Landskap untuk Penyediaan Persekitaran Hidup yang Berkualiti, Mampan dan Beridentitikan Malaysia”™.
 
MAKSUD LOGO
Logo Jabatan Landskap Negara secara umumnya melambangkan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Jabatan untuk memastikan pembangunan landskap yang terancang dan berkualiti bagi menyediakan persekitaran hidup yang kondusif. Maksud logo secara terperinci adalah seperti berikut:-
  • Simbol Pokok : Merupakan satu penyataan tentang kepentingan elemen tumbuh-tumbuhan yang merupakan komponen utama pembangunan landskap.
  • Simbol Rumah : Kedudukannya dalam lingkungan kehijauan menggambarkan kepentingan untuk memastikan pembangunan persekitaran fizikal yang kondusif untuk kehidupan dengan mengambil kira keperluan aspek infrastruktur hijau.
  • Bentuk Daun : Digambarkan secara simbolik dengan gabungan warna hijau, biru dan jingga secara umumnya memberi maksud keseimbangan persekitaran semulajadi dan alam bina yang perlu dipelihara supaya mampan.
  • Hijau : Unsur alam sekitar dan hidupan yang merupakan nadi utama kelangsungan persekitaran muka bumi yang nyaman, selesa dan sejahtera. Ia turut menggambarkan komitmen dan kesungguhan Jabatan dalam memastikan kestabilan pembangunan fizikal dan pemeliharaan persekitaran.
  • Biru : Unsur air dan udara yang mencerminkan ketelusan dan keikhlasan warga Jabatan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk negara dan masyarakat.
  • Jingga : Unsur tanah dan tenaga yang melambangkan inovasi dan kreativiti yang menjadi asas kepada pembangunan program dan aktiviti Jabatan yang bermanfaat kepada orang ramai.
  • Kuning : Melambangkan kesepakatan warga Jabatan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah Menjelang Tahun 2020.

Kemaskini pada 2015-05-26 09:49:35 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 7754