Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Pertandingan Photojournalism 2019

  • Pendahuluan
    • Photojournalism merupakan satu bentuk gambaran atau penceritaan berkenaan sesuatu perkara, peristiwa atau situasi yang dipersembahkan melalui gambar (fotografi), lukisan dan sebagainya dan disokong oleh penerangan ringkas untuk menceritakan tentang perkara berkenaan atau perkaitan gambar tersebut dengan jurufoto.
    • Persembahan ini melibatkan penyediaan story board berkaitan tema, pengumpulan gambar-gambar dan kerja-kerja pengeditan untuk menghasilkan satu persembahan yang membentuk gambaran yang baru, berkenaan sesuatu perkara berkaitan dengan tema.
    • Persembahan ini bersifat penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau situasi yang berlaku, seterusnya membentuk fakta yang berkait rapat dengan budaya/suasana persekitaran pada masa kini dan akan datang.
 
  • Objektif
    • Memperkukuhkan pemahaman tentang kepentingan taman-taman awam bagi menyampaikan konsep Malaysia Negara Taman Terindah seterusnya membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat menghargai taman awam;
    • Menjadi pangkalan data yang boleh membentuk koleksi berhubung dengan landskap dan komuniti secara amnya; dan
    • Memupuk minat kepada orang ramai terhadap photojournalism dengan menjadikannya sebagai kerjaya atau profesion yang beretika.
 
  • Tema
"Our Park Stories"
Pertandingan ini bertujuan untuk mengajak masyarakat untuk berkongsi memori dan momen-momen indah yang mereka alami dan lalui di taman-taman di sekitar Malaysia. Memori-memori inilah yang dapat menyokong dan turut sama membantu dalam merealisasikan hasrat jabatan dalam menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah dan kepentingan taman awam sebagai ruang untuk riadah, rekreasi, interaksi sosial di samping menjadi tempat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Pertandingan ini diharap dapat merekodkan segala memori ini melalui lensa kamera.
 
  • Maklumat Penyertaan
    • Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia, kecuali Urus Setia Pertandingan.
    • Pertandingan akan tamat pada 13hb September 2019.
    • Muat Turun :
 
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut:
 
i. Cik Shaziatul binti Mat Kasiri
Telefon : 03-40470000 samb. 141

ii. Encik Zulazmi bin Mamat
Telefon : 03-40470000 samb. 219
 
iii. Encik Raja Sharul Iskandar bin Raja Aris
Telefon : 03-40470000 samb. 134

 



  •