Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Icon-Language
BAHASA
Icon-ContactUs
HUBUNGI KAMI
Icon-FAQ
SOALAN LAZIM
Icon-Feedback
ADUAN DAN
MAKLUM BALAS
Icon-Sitemap
PETA LAMAN

Kompilasi Maklumbalas Pertanyaan Melalui Laman Web

TarikhKeterangan
24/08/2016
(Rabu)
Soalan Daripada :
 
Najhan Fatah bin Riduan, Selangor.
 
Jawapan :
 
Puan,

PERTANYAAN BERKAITAN PENGURUSAN TAMAN REKREASI GUNUNG LANG, IPOH, PERAK

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan puan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 24 Ogos 2016 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, kawasan yang terlibat iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh adalah di luar bidang kuasa Jabatan Landskap Negara. Taman tersebut terletak di bawah bidang kuasa dan pentadbiran pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

3.    Sehubungan dengan itu, pihak puan boleh berhubung dengan Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengetahui mengenai pengurusan taman tersebut.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<< melalui emel >>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat
Jabatan Landskap Negara
10/08/2016
(Rabu)
Soalan Daripada :
 
Shahrul Azman, Selangor.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 10 Ogos 2016 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala maklumat berkaitan statistik bilangan pokok yang ditanam di bandar Malaysia, pihak tuan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi di alamatkan kepada maklumat seperti berikut :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
(u.p : Pengarah Bahagian Promosi dan Industri Landskap)

3.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh menghubungi pegawai di Pengarah Bahagian Promosi dan Industri Landskap, Jabatan Landskap Negara iaitu Encik Mansor bin Mohamad di talian 03-4047 0110 / 03-4047 0000 (mansor@kpkt.gov.my) untuk keterangan lanjut.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<< melalui emel >>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat)
15/06/2016
(Rabu)
Soalan Daripada :
 
Balqis Dayana binti Badarodin, Wilayah Persekutuan.
 
Jawapan :
 
Puan,

PERTANYAAN BERKAITAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN TAMAN TASIK PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan puan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 15 Jun 2016 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, kawasan yang terlibat iaitu Taman Tasik Permaisuri adalah di luar bidang kuasa Jabatan Landskap Negara. Taman tersebut terletak di bawah bidang kuasa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

3.    Sehubungan dengan itu, pihak puan boleh berhubung dengan Jabatan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pelaksanaan, penguatkuasaan serta pemantauan taman tersebut.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<< melalui emel >>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat
Jabatan Landskap Negara
10/05/2016
(Selasa)
Soalan Daripada :
 
Nor Azura binti Jusoh, Pahang.
 
Jawapan :
 
Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MEWUJUDKAN TAMAN LANDSKAP DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIRAM, PEKAN PAHANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan puan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 10 Mei 2016 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, buat masa sekarang pihak Jabatan Landskap Negara tidak mempunyai peruntukan untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah khususnya. Namun begitu, pihak Jabatan tiada halangan dan sedia untuk memberi khidmat nasihat/teknikal berkaitan pengwujudan Taman Landskap di sekolah puan.

3.    Sehubungan dengan itu, segala maklumat (khidmat nasihat/teknikal) berkaitan landskap boleh diperolehi daripada Bahagian Khidmat Teknikal, Jabatan Landskap Negara. Pihak puan boleh menghubungi terus Pengarah Bahagian Teknikal iaitu Encik Mohd. Salleh bin Mahmood di talian 03-4047 0120 / 03-4047 0189 untuk keterangan lebih lanjut.

4.    Selain daripada itu, pihak puan juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara melalui http://jln.kpkt.gov.my/. Maklumat-maklumat berkaitan landskap dan buku-buku terbitan JLN  juga boleh diperolehi di ruangan yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai panduan serta bahan rujukan.

Kerjasama dan perhatian pihak puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA : NEGARA TAMAN”

Saya yang menurut perintah

<<<   melalui emel  >>>>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
04/05/2016
(Rabu)
Soalan Daripada :
 
Khoo Han Pin, Selangor.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan bertarikh 04 Mei 2016 adalah berkaitan.

2.    Pihak Jabatan amat berbesar hati di atas keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan melalui perkara tersebut di atas. Untuk makluman pihak tuan, kerja-kerja pencantasan, pemotongan dan pembersihan dahan-dahan pokok (penyelenggaraan pokok rendang) di kawasan perumahan tuan adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

3.    Sehubungan dengan itu, pihak tuan boleh menghubungi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis Bandaraya Shah Alam beralamat  seperti di bawah :

Pengarah
Jabatan Taman & Rekreasi
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran
40706 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel    : 03-5519 7821 (samb: 1125)

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berkaitan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

<<< melalui emel >>>
(DR. MAZIFAH BINTI SIMIS)
Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
16/03/2016
(Rabu)
Soalan Daripada :
 
Amirul Azi bin Jamalludin, Selangor.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 16 Mac 2016 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala permohonan untuk menduduki peperiksaan bagi jawatan Penolong Arkitek Landskap di Jabatan ini, pihak tuan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi di alamatkan kepada maklumat seperti berikut :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
(u.p : Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan)

3.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh menghubungi pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Landskap Negara iaitu Puan Samala A/P Santhappan di talian 03-4047 0121 / 03-4047 0000 (samala@kpkt.gov.my) untuk keterangan lanjut.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
13/03/2016
(Ahad)
Soalan Daripada :
 
Maryanti Mohd Raid, Johor.
 
Jawapan :
 
Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN PEMBENTUKAN DASAR PENYEDIAAN TANAH LAPANG DAN REKREASI DI MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui emel bertarikh 13 Mac 2016 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, maklumat berkaitan pembentukan dasar penyediaan tanah lapang dan rekreasi iaitu 2 hektar :1000 penduduk di keluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) melalui keputusan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Bil.5/2005. Pihak tuan boleh merujuk satu Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi dengan menghubungi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JPBDSM melalui alamat seperti di bawah :

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia
Unit No. 50-13-1, Wisma UOA Damansara
No.50 Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel :  03-2081 6170      
Faks : 03-2094 1170

3.    Selain daripada itu, untuk makluman pihak tuan juga, Jabatan Landskap Negara telah mengeluarkan Dasar Landskap Negara yang menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan kawasan perancangan pembangunan perbandaran tempatan dikekalkan hijau. Pihak tuan boleh mendapatkan Buku Dasar Landskap Negara dengan membuat permohonan secara rasmi dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
(u.p : Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat)
Tel : 03-4047 0000

4.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara melalui http://www.kpkt.gov.my/jln. Maklumat-maklumat yang berkaitan landskap dan buku-buku terbitan JLN juga boleh diperolehi di ruangan sumber+penerbitan untuk dijadikan sebagai panduan serta bahan rujukan.

5.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
12/02/2016
(Jumaat)
Soalan Daripada :
 
Krystalle Chong, Wilayah Persekutuan.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 12 Februari 2016 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala permohonan berkaitan pendaftaran syarikat di Jabatan ini, pihak tuan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi di alamatkan kepada maklumat seperti berikut :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

3.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara melalui http://www.kpkt.gov.my/jln bagi memperolehi maklumat-maklumat berkaitan landskap serta buku-buku terbitan JLN  di ruangan yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai panduan serta bahan rujukan.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
16/01/2016
(Sabtu)
Soalan Daripada :
 
Junaedi bin Ahmad Sultan, Sabah.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui Sistem Aduan Bersepadu bertarikh 26 Januari 2016 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala aktiviti/program bagi Sambutan Hari Landskap Negara di ketuai oleh Bahagian Promosi dan Industri Landskap, Jabatan Landskap Negara. Sehubungan dengan itu, pihak tuan boleh menghubungi terus Pengarah Bahagian Promosi dan Industri Landskap Encik Mansor bin Mohamad (mansor@kpkt.gov.my) di talian 03-4047 0110 atau Puan Noor Fadilah binti Yusop@Othman (noorfadilah@kpkt.gov.my) di talian 03-4047 0156.

3.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
08/12/2015
(Selasa)
Soalan Daripada :
 
Noraliza binti Ali, Terengganu.
 
Jawapan :
 
Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN BAHAN TERBITAN JABATAN LANDSKAP NEGARA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui SAB bertarikh 08 Disember 2015 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala permohonan berkaitan Buku terbitan Jabatan Landskap Negara boleh diperolehi daripada Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Landskap Negara di talian 03-4047 0000. Pihak tuan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi di alamatkan kepada maklumat seperti berikut :

Pengarah
Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

3.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh memuat turun bahan terbitan jabatan dengan melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara melalui http://www.kpkt.gov.my/jln bagi memperolehi maklumat-maklumat berkaitan landskap di ruangan yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai panduan serta bahan rujukan.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA : NEGARA TAMAN”

Saya yang menurut perintah

<<<   melalui emel  >>>>
(MEOR SAADON SOFIAN BIN MIOR RAZALI)
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negar
07/12/2015
(Isnin)
Soalan Daripada :
 
Suheil bin Sarib Hassan, Perak.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak JLN tidak mengadakan secara khusus latihan berkenaan pengurusan landskap. Namun begitu, pihak Institut Lantihan KPKT (I-KPKT) dengan kerjasama pihak JLN ada mengadakan banyak kursus berkaitan landskap. Pihak tuan boleh membuat permohonan secara rasmi kepada pihak Kementerian bagi tujuan tersebut.

Sekian, terima kasih.
06/12/2015
(Ahad)
Soalan Daripada :
 
Md Azman bin Jayus, Johor.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Untuk makluman tuan, pihak JLN masih belum mempunyai peruntukan untuk membina wakaf atau pondok bacaan di sekolah-sekolah. Namun begitu, pihak JLN akan membantu dari segi memberi khidmat nasihat teknikal untuk pembinaan pembangunan landskap di sekolah tuan.

Sekian untuk makluman tuan.

Terima Kasih.
14/09/2015
(Isnin)
Soalan Daripada :
 
Jawahir binti Ghazalli, Negeri Sembilan.
 
Jawapan :
 
Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN UNTUK PROSES PENYEDIAAN LANDSKAP DI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SEREMBAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui emel bertarikh 14 September 2015 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala permohonan bantuan berkaitan landskap serta khidmat nasihat teknikal boleh diperolehi daripada Pengarah Bahagian Khidmat Teknikal, Jabatan Landskap Negara iaitu Encik Mohd Salleh bin Mahmood di talian 03-4047 0000. Pihak tuan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi di alamatkan kepada maklumat seperti berikut :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
(u.p: Pengarah Bahagian Khidmat Teknikal)

3.    Selain daripada itu, pihak tuan juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara melalui http://www.kpkt.gov.my/jln bagi memperolehi maklumat-maklumat berkaitan landskap serta buku-buku terbitan JLN  di ruangan yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai panduan serta bahan rujukan.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA : NEGARA TAMAN”

Saya yang menurut perintah

<<<   melalui emel  >>>>
(MEOR SAADON SOFIAN BIN MIOR RAZALI)
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
10/09/2015
(Khamis)
Soalan Daripada :
 
Che Azuha Rahimi, Kelantan.
 
Jawapan :
 
Tuan,

Untuk makluman tuan, segala permohonan pengisian jawatan di Jabatan Landskap Negara adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Segala pengambilan dan sesi temuduga pengisian jawatan adalah melalui pihak SPA dan akan dimaklumkan kepada pihak Jabatan Landskap Negara jika terdapat sesi temuduga.

Sekian, terima kasih.
03/09/2015
(Khamis)
Soalan Daripada :
 
Saraspathy a/p S Selamani
 
Jawapan :
 
Puan,

PERMOHONAN BANTUAN UNTUK PROSES PENYEDIAAN LANDSKAP DI PERSEKITARAN PEJABAT DAERAH HULU LANGAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan melalui emel bertarikh 03 September 2015 berkenaan perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, segala permohonan bantuan berkaitan landskap serta khidmat nasihat teknikal boleh diperolehi daripada Pengarah Bahagian Khidmat Teknikal, Jabatan Landskap Negara iaitu Encik Mohd Salleh bin Mahmood di talian 03-4047 0000. Pihak puan perlu mengemukakan permohonan lengkap secara rasmi di alamatkan kepada maklumat seperti berikut :

Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
(u.p: Pengarah Bahagian Khidmat Teknikal)

3.    Selain daripada itu, pihak puan juga boleh melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara melalui http://www.kpkt.gov.my/jln bagi memperolehi maklumat-maklumat berkaitan landskap serta buku-buku terbitan JLN  di ruangan yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai panduan serta bahan rujukan.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA : NEGARA TAMAN”

Saya yang menurut perintah

<<<   melalui emel  >>>>
(MEOR SAADON SOFIAN BIN MIOR RAZALI)
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
20/08/2015
(Khamis)
Soalan Daripada :
 
Mazlan bin Mohamad, Selangor.
 
Jawapan :
 
PERTANYAAN BERKENAAN PERMOHONAN LATIHAN AMALI DI JABATAN LANDSKAP NEGARA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan melalui SAB bertarikh 20 Ogos 2015 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berkaitan permohonan latihan amali di Jabatan Landskap Negara pihak tuan boleh menghubungi pegawai daripada Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat iaitu Cik Mardziah binti Mohd Amin di talian 03-4047 0158 atau melalui surat di alamat berikut :

Pengarah
Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
(u.p: Cik Mardziah binti Mohd Amin)

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA : NEGARA TAMAN”

Saya yang menurut perintah

<<<   melalui emel  >>>>
(MEOR SAADON SOFIAN BIN MIOR RAZALI)
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara
24/06/2015
(Rabu)
Soalan Daripada :
 
Mohd Fadhil Mohd Lani, Selangor.
 
Jawapan :
 
PERTANYAAN BERKENAAN BAYARAN PENCERAMAH

Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan melalui SAB bertarikh 24 Jun 2015 mengenai perkara di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan bayaran penceramah pihak tuan boleh menghubungi pegawai daripada Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat iaitu Cik Mardziah binti Mohd Amin di talian 03-4047 0158 atau melalui surat di alamat berikut :

Pengarah
Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, 11 & 15, Plaza Permata-IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
(u.p: Cik Mardziah binti Mohd Amin)

4.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA : NEGARA TAMAN”

Saya yang menurut perintah

<<<   melalui emel  >>>>
(MEOR SAADON SOFIAN BIN MIOR RAZALI)
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara

Kemaskini pada 2016-12-07 04:10:43 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 5317